Tuesday, February 18, 2020





22 February 2020 - Selasa

Hari ini saya terima buku puisi baru oleh  Leo. A.W.S "Memetik Deruan".  Terima kasih Leo. 

Maaf, saya belum boleh mengulas isinya sebab baru baca setengah.  Itupun belum difikirkan implikasi maknanya yang tersirat, ritma bahasa, kaitannya dengan hal semasa dan setempat.

Saya percaya, puisi seperti cerpen berfungsi bercerita.  Ada benda yang penting yang hendak dikongsi dengan bakal pembaca, walaupun benda itu hanya deruan angin, atau pemandangan di luar jendela.

Leo memang seorang penyair yang terikat kepada events, specific localities, chanced encounters. Oleh itu, sekali baca terasa senang dan mudah.  Hal yang sebenar adalah sebaliknya.  Sajak mengingati kawan-kawannya yang telah meninggal kerap muncul, sekaligus mengketengahkan isu kehidupan.  Kehidupan besar implikasinya kepada perenung tentang baik dan jahat, betul dan salah, benar dan palsu.  Membawa isu besar secara bersahaja.  Inilah kualiti puisi Leo yang terkesan kepada saya setakat ini.

InsyaAllah dah habis baca, saya renungkan lagi di dalam blog ini. 

No comments:

Post a Comment