Saturday, August 14, 2010

Kursus ASL 3082 Estetika Seni Visual, dan SSL 1042 Estetik

Kursus ASL 3082 Estetika Seni Visual, dan Kursus SSL 1042 Estetik adalah dua kursus yang sama tetapi berbeza. Maksud saya, kedua-dua kursus ini kongsi rangka yang sama, seperti yang telah saya keluarkan di dalam MyGuru. Perbezaannya ialah pada para pujangga yang kita kaji. Di dalam rangka tersebut ada sepuluh tajuk, yakni:
1. Pengenalan Estetika
2. Falsafah Seni
3. Estetik Budaya
4. Estetik dan ekspresi manusia
5. Keindahan dalam Seni
6. Estetik dan pengalaman
7. Memahami bentuk dan makna
8. Estetik dalam Islam
9. Estetik dan apresiasi
10. Penilaian estetik.

Di bawah tajuk-tajuk ini ada tajuk-tajuk kecil seperti takrif keindahan; keindahan sebagai objek; keindahan sebagai subjek; takrif seni; memahami karya seni; estetik India, China, Yunani Klasik, dan Afrika; concept of the beautiful and the ugly; metafora, analogi, simbiotik; semiotic; modenisme, pasca-modenisme, constructionism; de-constructionism; subjectivism; objectivism; relativism; emotionalism. Juga di dalam senarai itu ada sejumlah pujangga bermula dari Plato, Aristotle, Baumgarten; Hegel; Kant; Tolstoy; Lessing; Santayana; Croce; Dewey; Clive Bell; Freud; Roger Fry; Susanne Langer; Max Dessoir; Tristan Tzara; Wincklemann; Collingwood; Vasari; Wolfflin; Poggioli; Greenberg; McEvilley; al-Ghazali; al-Faruqi; ibn Rushd; al-Farabi; ibn Sina; al-Kandi’ Ali Syariati; S.H. Nasr.

Senarai di atas adalah tanda bahawa bidang Estetik ini amat luas. Untuk keperluan kita sebagai pengkaji Estetik peringkat awal, maka saya memilih topik-topik yang tertentu. Ada topik yang pelajar ASL 3082 Estetika Seni Visual, dan SSL 1042 Estetik kongsi bersama, dan ada pula topik yang berbeza. Secara tentatifnya persamaan dan perbezaan itu adalah seperti berikut:


SSL 1042 Estetik
ASL 3082 Estetika Seni Visual
Berkongsi kuliah mengenai Aristotle dan mengenai Fenomina Persepsi Estetik.

SL 1042 Estetik
Kuliah mengenai Estetika India


ASL 3082 Estetika Seni Visual
Kuliah mengenai Estetika China

SL 1042 Estetik
Kuliah mengenai Hegel

ASL 3082 Estetika Seni Visual
Kuliah mengenai Tolstoy

SL 1042 Estetik
Kuliah mengenai Freud

ASL 3082 Estetika Seni Visual
Kuliah mengenai Susanne Langer

SL 1042 Estetik
Kuliah mengenai Wincklemann

ASL 3082 Estetika Seni Visual
Kuliah mengenai Collingwood

SSL 1042 Estetik
ASL 3082 Estetika Seni Visual
Berkongsi kuliah mengenai tema bentuk dan makna


SSL 1042 Estetik
ASL 3082 Estetika Seni Visual
Berkongsi kuliah mengenai Estetika dalam Islam

SL 1042 Estetik
Kuliah mengenai tema Modenisme dan Pasca-modenisme

ASL 3082 Estetika Seni Visual
Kuliah mengenai tema Constructionism dan de-Constructionism

SSL 1042 Estetik
ASL 3082 Estetika Seni Visual
Berkongsi kuliah mengenai penilaian estetik

No comments:

Post a Comment